• Menu Utama

  • Bunga yang harum itu ada juga durinya

  • Kata-Kata Hikmah

    "Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka)."
  • Maksud Hadith

    Hadis Pertama " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
  • Maksud Al-Quran

    "Katakanlah (wahai Muhammad),jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad) Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang kafir. " (Ali Imran: 31-32)

Pertandingan Surau dan Musolla Peringkat Daerah 2008

Kami di Unit Pendidikan Islam dan Moral Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama mengucapkan terima kasih kepada semua sekolah yang mempunyai kemudahan surau dan musolla kerana memberi kerjasama kepada para hakim sepanjang pertandingan. Tahniah kepada sekolah yang berjaya… dan usaha lagi pada tahun hadapan kepada sekolah yang tidak berjaya. Bukan sekolah anda tidak baik tetapi ada lagi sekolah yang mempunyai pengurusan dan kekemasan surau yang terbaik.

Keputusan akan diumumkan pada 9 Ogos 2008 di tempat yang akan diberitahu kelak. Terima dari UPIMPPDPU.

En. Alias bin Salleh-Pegawai PPD Petaling Utama Kembali ke Rahmatullah – AL-FATIHAH

Kita telah kehilangan mutiara yang bersinar di PPD Utama. Allayarham merupakan ketua kepada kami di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Salam takziah kepada keluarga allahyarham. Allayarham telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 28 Julai 2008 bersamaan 25 Rejab 1429H.

Kursus ICT Guru Pendidikan Islam 2008

Kursus ICT Guru Pendidikan Islam telah diadakan di SK Seksyen 7, Kota Damansara. sambutan yang sangat baik dikalangan guru Pendidikan Islam dalam penyertaan kursus tersebut. Perasmian telah diadakan pada Hari selasa oleh Ust Mohd Amin bin Hj. Bahari. Kursus ini diadakan selama 2 hari mulai 28 Julai hingga 29 Julai 2008.

Pertandingan Majlis Khatam Quran j-QAF Peringkat Daerah

Walaupun PPD Petaling Utama baru diwujudkan, namun begitu usaha dan dan ikhtiar dari semua pihak dapat menjayakan Program Majlis Khatam Quran j-QAF 2008 Peringkat Daerah yang diadakan si SK Tropicana sebagai tuan rumah. Kejayaan ini amat bermakna untuk Unit Pendidikan Islam Petaling Utama, dibawah Penyelia j-QAF Ustazah Suhina bt Munshi dan Penyelia Agama Islam Ustaz Mohd Amin bin  Bahari.

Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan ditambahbaikan untuk kejayaan di masamasa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan…

TAHNIAH ! PROGRAM UKHWAH PERDANA PPD PETALING UTAMA 2008

Assalamualaikum. Unit Pendidikan Islam PPD Petaling Utama mengucapkan terima kasih kepada semua warga GPI & j-QAF Petaling Utama kerana memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Pertemuan kali ini mengharapkan agar hubungan yang baik akan lebih terjalin di kalangan  GPI & j-QAF daerah Petaling Utama.

Tahniah! diucapkan…. kejayaan anda kejayaan kami juga…. Salam Ukhwah…

Antara Gambar Kenangan yang kami dapat berikan kepada anda semua.

null

Pendaftaran Peserta …. meriah sungguh…

Ust Saibudin turut hadir ke Majlis Ukhwah Pedana 2008

Antara VVIP yang hadir..

KHAS BUAT SEMUA GURU…

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH MENARIK.

 

PERTANDINGAN SURAU , MUSOLLA & BILIK j-QAF 2008

Satu pertandingan surau, musolla & bilik j-QAF akan diadakan pada 21 Jun hingga 3 Julai 2008. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menarik minat sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan bilik tersebut untuk menyertai pertandingan ini. Sarat edaran mengenai pertandingan ini telah dihantar ke sekolah-sekolah Daerah Petaling Utama.

Surat edaran ke sekolah telah diedarkan dan dilampirkan mengenai perkara yang perlu diberi dan diambil perhatian bagi memantapkan lagi pertandingan tersebut. Kerjasama dari semua sekolah Daerah Petaling Utama untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini diharapkan. Pertandingan ini akan diadili oleh hakim yang telah dilantik. Sekian terima kasih,

by Ust Amin

PENGHANTARAN DATA GPI, j-QAF & MAKLUMAT MURID ISLAM 2008

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

Perhatian kepada sekolah-sekolah Daerah Petaling Utama yang belum menghantar data GPI dan j-QAF 2008 , saya tarikh telah ditetapkan iaitu pada :

Tarikh : 8 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 1.45 petang
Tempat : PPD Petaling Utama

* Surat panggilan perkara berkaitan telah dihantar ke Pigeon Hole sekolah  yang telibat.

Data boleh diisi dengan menggunakan program yang telah diberikan semasa mesyuarat ketua panitia kali pertama.

Kerjasama anda amatlah diharapkan. Syukran….

 

by Ust amin…

MAJLIS TA’ARUF PERDANA 2008

Unit Pendidikan Islam Daerah Petaling Utama akan mengadakan satu Majlis Taaruf Perdana Guru Pendidikan Islam & j-QAF Rendah dan Menengah   2008 pada butiran tersebut :

 

Tarikh : 3 Mei 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Sri Delima, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

 

Semua Guru Pendidikan Islam  Menengah dan Rendah  Serta Guru j-QAF diwajibkan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran anda semua diucapkan dengan ribuan terima kasih.

 

MESYUARAT MAJLIS TAARUF PERDANA PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2008

Mesyuarat Majlis Taaruf Perdana Peringkat Daerah Petaling Utama Kali ke 2 akan diadakan ada butiran berikut :

Tarikh   : 29 April 2008
Hari  : Selasa
Masa : 1.45 petang
Tempat : SK Taman Megah, Petaling Jaya.

Surat panggilan mesyuarat telah dihantar ke Peti surat Sekolah masing-masing.

Semua Jawatankuasa induk diharap dapat menghadirkan diri untuk melicinkan lagi perjalanan Majlis Taaruf Perdana Peringkat Daerah Petaling Utama 2008.

Kerjasama anda diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Penyelaras Program,
Ust Nurhadi…